Achievements & Events‎ > ‎Year 2019‎ > ‎

Message from Director: Congratulations to QIT Team from Pharmacy Department for winning the Gold Award at International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2019, Tokyo

posted Sep 30, 2019, 6:37 PM by Muhammad Fikree Ahmad   [ updated Sep 30, 2019, 6:38 PM ]




Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan


UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENERIMAAN ANUGERAH EMAS DI INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2019 DI TOKYO, JEPUN


Perkara di atas adalah dirujuk.


2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) dari Jabatan Farmasi bertajuk "Re-Engineering The Workflow at The Outpatient Pharmacy Due To Inconsistent Achievement of Objective Quality" telah meraih Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2019 di Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 23 hingga 26 September 2019.


3.    Pasukan QIT tersebut yang dikenali sebagai The Dynamite merupakan salah satu di antara 36 kumpulan Team Excellence (TE) yang meraih Anugerah Emas pada konvensyen tersebut selepas bersaing dengan 352 kumpulan dari 15 negara termasuk Amerika Syarikat, Bangladesh, China, Filipina, Indonesia, India, Jepun, Korea, Mexico, Mauritius, Singapura, Thailand, Taiwan, United Kingdom dan Zambia.


4.    Konvensyen ICQCC merupakan acara tahunan yang diadakan di peringkat antarabangsa di dalam jaringan kawalan kualiti (QC) yang berkongsi amalan terbaik pelbagai inisiatif peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.


5.    Pengurusan PPUM berharap lebih banyak projek penambahbaikan kualiti dapat dihasilkan oleh Jabatan/Unit bagi memastikan peningkatan produktiviti yang berterusan, penyampaian perkhidmatan yang lebih baik, pengurangan kos dan masa supaya PPUM menjadi semakin cekap dan produktif.


6.    Diharapkan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua staf PPUM untuk menjayakan aktiviti peningkatan kualiti secara berterusan di PPUM. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Kualiti dan Perkembangan Perubatan di atas pencalonan projek-projek kualiti ke peringkat pengiktirafan yang lebih tinggi.


Syabas dan tahniah diucapkan di atas pencapaian tersebut.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Yang benar

PROF. DR. TUNKU KAMARUL ZAMAN BIN TUNKU ZAINOL ABIDIN

Pengarah

Pusat Perubatan Universiti Malaya